Khamis, 8 Oktober 2009

Perjuangan

Pulau Pinang
Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
laut mengimbau sayu
ombak ombak ini hatiku
berhasrat tiada sepi
Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hujan memberi lagu
angin menampar
setiap ruang angkasa
berhiba awan pilu
aku antara insan beribu
airmataku antara laut lepas
laguku hilang di angin menderu
pecah di pantai terhempas
Sepanjang jalan ke Pulau Pinang
hati ku terjun ke air
mencari tempat tempat bagiku
aku seorang pelarian

Hidup adalah suatu perjuangan. Perjuangan adalah untuk hidup. Ini bererti selagi hidup , kita mesti berjuang. Perjuangan yang pertama sekali ialah untuk agama dan negara bangsa. Ini bererti kita menjalankan amanah yang diserahkan kepada kita. kepada murid - murid sekolah selamat berjuang menghadapi PMR. Tidak kira siapa anda , anda pasti mempunyai nilai diri yang tersendiri. Yang lain tu anda cari lah sendiri maksudnya.
Dalam menjejaki kembara perjalanan hidup ini, saya telah menghadapi berbagai rintangan , namun atas dasar perjuangan saya teruskan jua. Bukanlah hebat sangat, namun banyak pengalaman menarik yang boleh kita kongsi bersama.

M4P Sesi 86 /88

Masih ku ingat lagi disuatu masa dahulu, ketika aku menerima lamaran dari MPPPP aku masih berada tingkatan 6. Bertapa aku amat bersyukur dan gembira. Lalu aku pun memulakan langkah penuh semangat memulakan perjuangan sebagai pendidik, aku tahu inilah wadah perjuangan yang paling tepat dalam hidupku. Memang ada pahit getirnya di sini, namun bagiku lebih banyak yang menarik. Di M4P aku bagaikan ikan yang dilepaskan di laut, aku dapat menerokai khazanah ilmu dan keindahan di sekelilingku. Di sini hobi dan bakat berkembang, Permainan bola sepak dan seni lukis menjadi kegilaan ku. Kepada geng 6PBA, teman serumah Nan ,Nazri, Man, Zaharin, Zuki ,Yatim , Gafar, dan Abang Lan & keluarga serta warga M4P, tempat jatuh lagi dikenang(masa main bola ) inikan pula bermain. Masihkah kalian ingat....

Tahun bertahun
Maktab menempa
Memahat mengukir
Sejarah Jasa



Kelantan
Jiwa dan raga
buktikanlah pada nusa bangsa
Supaya negara maju jaya
Aman merdeka
Duhai ibu pertiwi
putra putri datang sujud bakti
Ingin menunaikan
Ingin menunaikan
Sumpah dan janji


1989, Aku telah memulakan kerjaya ke Kelantan Darul Naim. Aku dan sahabat baik Shahrin pun bertolaklah dari Butterwoth ke sana dengan hanya menunggang motosikal. Sebagai orang Penang, tempat ini amat asing bagiku. Ketika aku dalam kesusahan, ramai kawan - kawan aku (anak Kelantan) yang menghulurkan bantuan. Aku terharu, kerana setelah 5 tahun berada di sana , ianya telah mengubah persepsi negatif terhadap orang Kelantan. kepada jiran dan sahabatku Basir dan keluarga budimu tetap ku kenang. Kepada sahabat serta warga SK Palekbang Tumpat,terimakasih atas bantuan dan bimbingan yang kalian berikan. Saat ini aku amat merindui Kelantan.

4 ulasan:

  1. chek pula dah dapat anak sulung dan 6 tawon dah koje.

    BalasPadam
  2. Tahun 1989 chek lak darjah 5....rambut sikit tepi guna minyak CODE 10....perrrggghh.

    BalasPadam