Isnin, 26 Oktober 2009

Smk Telok Panglima Garang

Lukisan mural aku kat asrama Smk TPG

Majlis Akhir tahun SMKTPG



Selangor
2006 aku ditugaskan di Smk Telok Panglima Garang,Selangor. Aku pun pi la ke sana dengan perasaan sedih. Aku sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga aku, Tetapi demi perjuangan dan cita - cita yang membara aku teruskan jua perjalanan ini. Di sini aku berjuang berbakti untuk negara ,tetapi keluaraga aku sape nak jaga. Lalu aku merayu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.Syukurlah meraka faham dan meluluskan pertukaran kembali ke tempat asal.


Smk Telok Panglima Garang ni memang best. Warga Smk Telok Panglima Garang ni tidaklah garang malah banyak membantu aku semasa aku di sana. Tempat tinggal aku juga diuruskan oleh pihak sekolah. Pengetua dan rakan - rakan yang memahami dan banyak membantu membuatkan serba salah untuk memohon pertukaran. Dalam imajinasiku berfantasi alangkah indahnya jika Smk TPG berada di tempat aku. Budi baik mereka manakan mampu aku membalasnya. Sebenarnya rindu pada kalian mendorong aku menulis di sini. Tapi kalau turun Penang sudi lah mai rumah aku. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.




Pulau Pinang jauh ke tengah


Bukit Bendera bercabang tiga


Hancur badan dikandung tanah


Budi yang baik dikenang juga







Tiada ulasan:

Catat Ulasan