Isnin, 22 Mac 2010

Terkini

La ni aku bertugas kat Smk Dato' Onn Butterworth. Sekolah ni tak berapa jauh dari rumah aku. Sekolah ni ada juga ceritanya sendiri.......

Ahad, 1 November 2009

binatang peliharaan

Ini lah binatang peliharaanku yang ada kat rumah aku.


Ayam sabung baka kacukan siam.Tapi maaf aku tak minat sabung ayam.Kesian kat ayam dan berdosa pulak tu.
Ayam sam - sam dan ayam kampung.




Spesis kucing batu atau kucing hutan. Hanya terdapat di kawasan hutan Tropika sahaja.Warnanya cantik dan bercorak macam harimau bintang memudahkan haiwan ini menyamar di celah - celah batu. Nak bela menatang ni kena ada lesen. Kalau tidak kena saman ngan Perhilitan baru tau. Tapi nampak macam kucing biasa saja. Memang pun kucing biasa saja. Sebenarnya aku minat sangat dengan kucing hutan, jadi aku pun reka la cerita ni.



Ini cerita benar. Kura - kura ni memang sempoi, tengok corak dia pun korang boleh tau. Kura - kura ni adalah pemberian Sahabat aku dari Cheras masa aku bertugas kat Selangor. Katanya spesis luar negeri. Pada sahabat aku Azril terima kasih ku ucapkan kerana bagi aku kura-kura dan juga kerana bermurah hati membenarkan aku dan Rosli menumpang di rumahnya kat Cheras. Budi baik beliau akan tetap tersemat dalam ingatan. Cuba teka yang mana jantan yang mana betina?

















Jumaat, 30 Oktober 2009

USM

Tunggu.............

Bukannya aku
tewas dalam perjuangan
menggapai impian
sebentar tadi aku
lihat sinar matamu
lihat sinar matamu
meronai garis kesetiaan
semakin kelam
dan amat panjang
bagaimana aku hendak
melupakanmu
dikeheningan pagi
sering bertemu

Isnin, 26 Oktober 2009

Smk Telok Panglima Garang

Lukisan mural aku kat asrama Smk TPG

Majlis Akhir tahun SMKTPG



Selangor
2006 aku ditugaskan di Smk Telok Panglima Garang,Selangor. Aku pun pi la ke sana dengan perasaan sedih. Aku sedih kerana terpaksa berpisah dengan keluarga aku, Tetapi demi perjuangan dan cita - cita yang membara aku teruskan jua perjalanan ini. Di sini aku berjuang berbakti untuk negara ,tetapi keluaraga aku sape nak jaga. Lalu aku merayu kepada Kementerian Pendidikan Malaysia.Syukurlah meraka faham dan meluluskan pertukaran kembali ke tempat asal.


Smk Telok Panglima Garang ni memang best. Warga Smk Telok Panglima Garang ni tidaklah garang malah banyak membantu aku semasa aku di sana. Tempat tinggal aku juga diuruskan oleh pihak sekolah. Pengetua dan rakan - rakan yang memahami dan banyak membantu membuatkan serba salah untuk memohon pertukaran. Dalam imajinasiku berfantasi alangkah indahnya jika Smk TPG berada di tempat aku. Budi baik mereka manakan mampu aku membalasnya. Sebenarnya rindu pada kalian mendorong aku menulis di sini. Tapi kalau turun Penang sudi lah mai rumah aku. Semoga Allah memberi rahmat kepada kita semua.




Pulau Pinang jauh ke tengah


Bukit Bendera bercabang tiga


Hancur badan dikandung tanah


Budi yang baik dikenang juga







Jumaat, 23 Oktober 2009

Bola sepak

Bola Sepak

Ini adalah pasukan MPPPP.Masa ni kami main liga division 3 Penang.


Ini adalah pasukan rumah Lanag MPPPP.
aku yang belakang sekali


Masa main kat sekolah aku pakai no 10.




Pasukan SMK Kampung Kastam, Butterworth .

Bola sepak ni kt negara kita ni kira boleh tahan sajala. Namun sukan ini amat menarik perhatianku. kerana ada maksud yang tersirat. Ni gambar masa aku tengah dok gila dengan bolasepak.Bukan persoalan tentang kehebatan tentang permainan aku, tetapi kenikmatannya ketika aku turun ke padang.Contohnya masa mengawal bola,membuat hantaran, dan membuat rembatan kencang adalah melibatkan perasaan yang best. Dan yang paling best dapat kawan dan semangat berpasukan. Apa pun bagi aku bola sepak kita merudum kerana di cemari pengaruh politik yang kosmetik.
Gambar ni adalah untuk tatapan anak - anak aku supaya depa rasa minat dalam bola sepak ni. Kerana bagi aku permainan ni dapat meningkatkan kecergasan dan menyuburkan pemikiran mereka. Aku dulu pun diberi galakan oleh keluarga untuk bermain bola sepak ni.
Selain itu kenkawan yang pernah bermain dengan aku dapat menatap dan mengembalikan nostalgia yang indah itu. Aku respek kat depa pasai depa ni kebanyakan memiliki skill yang tinggi, Malah ada di antaranya yang pernah mewakili negeri peringkat sekolah.












Kelantan



Kelantan

1989, aku memulakan tugasku di Kelantan.



Aku dan En. Basir sahabat baik aku semasa banjir kat Sungai Pinang ,Tumpat . Pengalaman musim banjir kat sini agak menarik. Masa ni yang bestnya makanan mau simpan banyak - banyak sikit, bukan apa selera bertambah kerana sejuk kot. Banyak kedai tutup, nak bergerak kena la guna sampan.

Ini warga Sk Palekbang, Tumpat yang banyak membantu. Di sini kami bagaikan satu keluarga dan kenangan itu sentiasa bermain dalam ingatan. Budi dan jasa kalian hanya Allah dapat membalasnya.



Bergambar bersama rakan Cikgu nik Mahdi ,Cikgu Zailani , Pak Nik Ayub , Cikgu Abdullah dan saya. berlatar belakangkan lukisan mural saya sendiri di kantin SK Plekbang.